Ni apa ceritanya kat sini?

Colonel Meow, kucing berbulu paling panjang di dunia (video)

No comments:
Colonel Meow
Colonel Meow 

Kucing Himalaya-Parsi miliki bulu paling panjang di dunia 

LOS ANGELES - Seekor kucing baka kacukan Himalaya-Parsi bakal diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang di dunia. 

Kucing bernama Colonel Meow yang dibela oleh Anne Marie Avey dan Eric Rosario di Los Angeles itu mempunyai bulu sepanjang 23 sentimeter, dijangka mencatat rekod terbabit yang akan diisytiharkan pada bulan depan. 

Keunikan restoran bertema hospital di Latvia (video)

No comments:
DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia.
DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah
yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia. 

Restoran bertema hospital di Latvia 

RIGA - Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 

Tanda-Tanda Seseorang Ada BUASIR

No comments:

Tanda-Tanda Seseorang Ada BUASIR 

1. Bengkak di dubur yang ketara. 
2. Gatal pada lubang dubur. 
3. Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar. 
4. Berdenyut-denyut. 
5. Sukar membuang air besar. 
6. Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung. 
7. Keluar darah ketika membuang air besar. 

[Sumber

Wordless Wednesday : Cara Paling Kreatif Nak Troll Member Semasa Tidur

1 comment:

Pelik! Rambut wanita jadi barang curi di Venezuela

2 comments:

Kumpulan penjenayah curi rambut wanita 

Maracaibo: Kebanyakan orang bimbang menjadi sasaran serangan untuk mencuri telefon atau beg tangan mereka. 

Bagaimanapun, penjenayah di bandar di Venezuela ini menyasarkan sesuatu yang agak pelik. 

Bapa dan anak hilang selama 40 tahun ditemui dalam hutan (video)

No comments:
GAMBAR menunjukkan Ho Van Lang (bercawat), sejurus selepas dibawa keluar dari hutan.
GAMBAR menunjukkan Ho Van Lang (bercawat), sejurus selepas
dibawa keluar dari hutan. 

40 tahun sembunyi dalam hutan

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat. 

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka. 

Penerjun 'Superman' beraksi di Barcelona (video)

No comments:
MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.
MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum
Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam. 

Penerjun pakai kostum Superman 

BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan. 

Jom layan LAGU RAYA dari FAIZAL TAHIR !

No comments:
Klik gambar ini untuk melihat VIDEO lagu raya daripada Faizal Tahir !

Saksikan tayangan perdana muzik video lagu Hari Raya 'Syukur' daripada Faizal Tahir!  -------> ( KLIK SINI ) #AzamRayaWatsons

Honda EX5 Dream 110 - generasi ketiga Honda EX5

No comments:
Honda EX5 Dream 110
Honda EX5 Dream 110 

Honda EX5 generasi ketiga 

TAHUKAH anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki jangka hayat sebuah produk motosikal jenama Honda paling panjang. 

Model itu cukup popular sehingga berjaya menambat hati pengguna domestik daripada segenap lapisan masyarakat sejak 26 tahun lalu. 

Apa lagi jika bukan Honda EX5. EX5 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987 oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda). 

Kerana 'cinta' sepasang anjing, pemiliknya bertemu jodoh

2 comments:
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka. 

Anjing bawa jodoh 

London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd. 

Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat. 

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52. 

Bersolek sambil memandu jadi punca kemalangan?

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Asyik bersolek punca kemalangan 

London: Hampir separuh daripada wanita mengakui mereka mengenakan solekan ketika memandu terutama disebabkan terlewat bangun hingga menyebabkan kemalangan berlaku. 

Kira-kira 46 peratus mengakui melakukan solekan, kebanyakannya ketika berhenti di lampu isyarat atau ketika dalam kesesakan. 

Sebanyak 43 peratus pula melakukannya walaupun mengetahui perkara itu adalah salah. 

Cara iPhone digodam selama 60 saat (video)

No comments:

Hanya 60 saat godam iPhone 

Las Vegas: Tiga penyelidik menunjukkan bagaimana sebuah pengecas boleh digunakan untuk menggodam iPhone atau iPad dalam masa tidak sampai 60 saat. 

Pendedahan itu tentu membimbangkan pengguna iPhone dan iPad dan ditunjukkan dalam konvensyen tahunan Black Hat membabitkan 7,000 penggodam dan pakar keselamatan yang membincangkan teknik godam terbaru. 

Saintis cipta gigi guna air kencing

No comments:

Cipta gigi guna sel air kencing manusia 

Beijing: Penyelidik di Institut Bioperubatan Dan Kesihatan Guangzhou berkata, mereka berjaya mencipta gigi menggunakan sel air kencing manusia. 

Menurut saintis di situ, air kencing manusia mengandungi sel yang berpotensi dijadikan enamel, pulpa dan komponen lain bagi gigi sihat.  

Kenapa budak ni goreng telur kat tepi jalan ?

2 comments:
Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.
Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari
dalam timur wilayah Shandong, China. 

Goreng telur di atas jalan raya 

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan. 

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China. 

Subhanallah... Siak surau temui ajal ketika sujud

2 comments:
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika 
meninggal. 

Siak meninggal dalam keadaan bersujud 

SHAH ALAM - Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan. 

Video : Puasa 2 (oleh Faradyable)

No comments:

Profesor universiti di Jepun cipta robot kaligrafi (video)

No comments:
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo, Jepun kelmarin.
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains
untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo,
Jepun kelmarin. 

Robot ajar tulisan kaligrafi di Jepun 

TOKYO - Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut. 

Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi. 

Alamak! Honda Accord naik beca lah !

No comments:
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca.
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca. 
Kereta naik beca 

Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya. 

Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang. 

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. [Sumber

'Apartment wanita' di Jepun kenakan sewa ikut berat badan (video)

4 comments:
APARTMEN The Lady Share House B&D merupakan kediaman yang popular dalam kalangan wanita Jepun.
APARTMEN The Lady Share House B&D merupakan kediaman
yang popular dalam kalangan wanita Jepun. 

Bayar sewa rendah jika kurus 

OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita. 

Bot pasang siap keluaran Quickboats dari Australia

No comments:
IMEJ menunjukkan komponen-komponen yang perlu dipasang untuk membentuk sebuah bot.
IMEJ menunjukkan komponen-komponen yang perlu dipasang untuk
membentuk sebuah bot. 

Syarikat Australia cipta bot pasang siap 

SYDNEY - Sebuah syarikat Australia mencipta bot pasang siap yang mengambil masa cuma 60 saat untuk dipasang, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Pengarah Urusan Quickboats, Deryck Graham berkata, bot sepanjang 3.7 meter dan lebar 1.7 meter itu boleh bergerak selaju 38 kilometer sejam. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...