Ni apa ceritanya kat sini?

Wordless Wednesday : Super Cannonball

No comments:

HyppTV ditawarkan untuk pengguna Streamyx

No comments:

Pengguna Streamyx boleh akses HyppTV 

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperluaskan jangkauan perkhidmatan televisyen protokol internet (IPTV), HyppTV, dengan membuka perkhidmatan itu kepada pengguna Streamyx. 

Pengerusinya, Datuk Sri Dr Halim Shafie, berkata HyppTV yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, kini boleh dinikmati di mana saja di seluruh negara menerusi Streamyx dan pada peranti pelbagai skrin. 

Maksud Tersirat Lirik Lagu 'Tanya Sama Itu Hud-Hud' Nyanyian M.Nasir

No comments:

Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir 

Tujuh puluh tiga pintu 
Tujuh puluh tiga jalan 
Yang sampai hanya satu jalan 

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya. 

Spesis nyamuk baru ditemui di Sri Lanka

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Nyamuk hisap jus, makan larva Aedes ditemui 

Colombo: Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today. 

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya. 

Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. 

Ulat pemakan daging dalam perut wanita (video)

No comments:

Haba cegah luka berulat 

SEORANG wanita Britain tidak menyangka kesan gigitan serangga di perutnya bulan lalu, bertukar menjadi sebahagian tempat pembiakan lalat. 

Kejadian berlaku selepas Catherine Stewart, 28, dari Liverpool menyertai program amal di Gambia, Afrika. 

Kesan gigitan serangga dipercayai lalat tumbu yang membawa rengga pemakan daging itu mula dikesan sebaik beliau kembali ke Britain. 

Trend mata 'bengkak' kini jadi kegilaan wanita Korea

No comments:
Patricia Cahiga menunjukkan ' aegyo sal' seakan-akan lingkaran gelap di bawah mata yang dibuat menggunakan teknik solekan.
Patricia Cahiga menunjukkan 'aegyo sal' seakan-akan
lingkaran gelap di bawah mata yang dibuat
menggunakan teknik solekan. 

Trend mata 'bengkak' di Korea Selatan 

SEOUL - Wanita biasanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeluarkan duit lebih untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, namun berbeza bagi golongan itu di Korea Selatan yang mahukan ciri-ciri tersebut yang dianggap menarik. 

Satu trend baharu dikenali sebagai 'aegyo sal' atau membuatkan bahagian bawah mata nampak berbonjol, kini menjadi kegilaan kerana ia disifatkan mampu menonjolkan mata wanita Korea yang kebiasannya kecil. 

George Alexander Louis - nama bayi diraja Britain

No comments:
PUTERA William dan Kate Middleton ketika memperkenalkan anak mereka yang baharu dilahirkan kepada media kelmarin. Pewaris keempat raja Britain itu diberi nama George Alexander Louis.
PUTERA William dan Kate Middleton ketika memperkenalkan anak mereka yang baharu
dilahirkan kepada media kelmarin. Pewaris keempat raja Britain itu diberi nama
George Alexander Louis. 

George Alexander Louis nama bayi diraja Britain 

LONDON - Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan bayi mereka George Alexander Louis sebagai penghargaan kepada bapa Ratu Elizabeth II, iaitu Raja George VI. 

Raja George VI memegang takhta dari 1936 hingga beliau meninggal dunia pada 1952. 

Bayi diraja tersebut akan dikenali dengan gelaran Putera George Cambridge berikutan ibu bapanya yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Cambridge. [Sumber]  

Wanita Jepun 'sewa' paha untuk ruang iklan (video)

No comments:

Paha jadi papan iklan 

Tokyo: Sebuah syarikat pengiklanan di bandar raya ini menemui cara terbaru dan unik untuk menarik perhatian orang ramai - menggunakan paha wanita muda sebagai tempat menyiarkan iklan. 

Pengguna di Jepun memang terkenal sebagai kumpulan yang sukar untuk membaca iklan kerana terlalu banyak papan iklan dan skrin gergasi televisyen di sekitar bandar negara itu. 

Kemunculan pertama anak sulung William-Kate

No comments:
WAJAH anak sulung pasangan diraja Britain yang ditunjukkan kepada umum semalam.
WAJAH anak sulung pasangan diraja Britain yang ditunjukkan kepada
umum semalam. 

Wajah mirip Kate: William 

London: Putera William dan isterinya, Kate, menunjukkan anak mereka yang baru lahir kepada umum untuk kali pertama semalam, disambut sorakan dan tepukan orang ramai. 

Bercakap kepada wartawan yang menunggu di luar Hospital St Mary, William berkata, mereka masih mencari nama yang sesuai untuk bayi lelaki itu. 

Fakta Nombor Tentang Bayi William & Kate (Infografik)

No comments:

Sumber : www.huffingtonpost.com 

Wordless Wednesday : Grumpy Cat Jokes

No comments:

Putera William & Kate Middleton dikurnia bayi lelaki

No comments:
Putera William dan isterinya, Kate Middleton.
Putera William dan isterinya, Kate Middleton. 

Kate selamat lahirkan putera diraja Britain 

LONDON - ENGLAND. Putera William dan isterinya meraikan kelahiran putera sulung mereka pada hari Isnin, yang menyediakan keluarga diraja dengan raja.

Orang ramai bersorak di hadapan pintu Istana Buckingham selepas pengumuman bahawa Duchess of Cambridge telah menghasilkan waris lelaki sihat seberat 8 £ 6oz (8 pounds, 6 ounces) (3.8 kilogram).

Bayi yang belum dinamakan merupakan pewaris takhta ketiga dan selepas anak Ratu Elizabeth II yang Prince Charles, dan kemudian anak sulungnya William. "Kami sangat gembira," kata William, anak Charles dan mendiang Puteri Diana dalam satu kenyataan ringkas.

Skylon, pesawat penumpang angkasa lepas dalam pembinaan (video)

No comments:
Rupa pesawat Skylon yang masih dalam pembinaan.
Rupa pesawat Skylon yang masih dalam pembinaan. 

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia 

LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat. 

Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas. 

Kate Middleton masuk hospital, bakal bersalin bila-bila masa

1 comment:
Kate Middleton
Kate Middleton 
Kate hanya menanti masa 

London: Duchess of Cambridge, Kate Middleton dilaporkan sudah mengalami kesakitan untuk bersalin dan dimasukkan ke hospital kira-kira jam 5.30 pagi semalam (1.30 tengah hari waktu Malaysia) untuk melahirkan bakal raja atau ratu Britain. 

Putera William turut menemani isterinya ke Lindo Wing, Hospital St Mary di Paddington, barat London, tempat yang sama beliau dilahirkan pada 1982. 

Sementara itu, di luar wad dan pagar Istana Buckingham, tempat kelahiran itu bakal diumumkan secara rasmi, orang ramai yang teruja berhimpun pada hari yang dianggap sebagai paling sensasi tahun ini. 

'Bandar fiksyen' Star Wars, Mos Espa berdepan ancaman timbunan pasir

No comments:

Set penggambaran Star Wars bakal tenggelam 

TUNIS - Bandar fiksyen, Mos Espa yang dibina di gurun Tunisia untuk menjadi set penggambaran bagi filem Star Wars Episode I, kini mengalami ancaman akan tenggelam oleh timbunan pasir dikenali sebagai barchan. 

Barchan yang merupakan timbunan pasir berbentuk bulan sabit dijangka menenggelamkan bandar yang menjadi tempat di mana watak utama filem itu, Anakin Skywalker membesar. 

Air kencing boleh cas telefon bimbit ? (video)

No comments:
Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit.
Ieropoulos mendakwa teknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia
yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit. 

Air kencing pengecas telefon bimbit 

SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC). 

Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia. 

"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline. 

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat. [Sumber



iKnife, pisau pintar pengesan kanser (video)

No comments:
Seorang daripada penyelidik yang membangunkan pisau pintar iKnife, melakukan demonstrasi menggunakan daging haiwan di Hospital St. Mary, London, Rabu lalu.
Seorang daripada penyelidik yang membangunkan pisau pintar iKnife,
melakukan demonstrasi menggunakan daging haiwan
di Hospital St. Mary, London, Rabu lalu. 

Pisau pintar kesan kanser 

LONDON - Sekumpulan saintis berjaya mencipta sebilah pisau bedah pintar yang boleh mengesan sama ada tisu yang dipotong mempunyai kanser dalam tempoh beberapa saat. 

Pisau canggih itu, iKnife yang dicipta saintis di Kolej Imperial London, membolehkan doktor mengurangkan bilangan pembedahan untuk membuang sel kanser. 

[Aneh] Paku ditemui 'bersarang' dalam kepala seorang wanita

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Paku, logam dalam kepala 

Cianjur: Penemuan pelbagai objek berbahaya, termasuk paku dan logam dalam kepala seorang wanita masih membingungkan doktor di Cianjur. 

Media semalam melaporkan, Indri Yani, 22, kini dirawat di Hospital Cianjur selepas beberapa objek asing ditemui dalam telinganya.  

'Lembu panda' dari Amerika (video)

No comments:
PEANUT meragut rumput di sisi ibunya, Midget pada Khamis lalu.
PEANUT meragut rumput di sisi ibunya, Midget pada Khamis lalu. 

Penternak AS biak 'lembu panda'  

COVINGTON - Sejak tujuh tahun lalu, seorang penternak lembu kerdil di Amerika Syarikat (AS), John Bartheld berharap dapat membiak lembu yang menyerupai seekor panda. 

Dia berjaya melakukannya pada 28 Jun lalu dengan kelahiran "lembu panda" yang dinamakan Peanut. 

Trend pelajar menengah sewa kereta mewah (video)

No comments:
BEBERAPA pelajar menaiki kereta Lamborghini untuk menghadiri majlis graduasi sekolah mereka.
BEBERAPA pelajar menaiki kereta Lamborghini untuk menghadiri
majlis graduasi sekolah mereka. 

Trend pelajar sewa kereta mewah 

LONDON - Pelajar tahun akhir Sekolah Swanlea di sini menyewa kereta mewah untuk meraikan majlis graduasi dan tari-menari sekolah mereka pada bulan ini. 

Menurut statistik kerajaan, kawasan Swanlea merupakan antara kejiranan miskin di kota metropolitan itu. 

Marilah berazam Raya bersama Watsons, dengan Faizal Tahir! #AzamRayaWatsons

No comments:
info lanjut, klik banner ini

Inginkah anda menikmati kehadiran Faizal Tahir di rumah terbuka di rumah anda Raya ini? #AzamRayaWatsons ---> [KLIK SINI

[Ngeri] Mata lelaki ini ditusuk kayu snuker

No comments:
Sam Willers
Sam Willers 

Kayu snuker tertusuk mata hingga ke otak 

London: Seorang lelaki kini bertarung dengan maut apabila sebatang kayu snuker tertusuk ke matanya, menembusi sehingga otak sebelum terhenti di dinding tengkorak. 

Sam Willers, 23, sedang leka bermain snuker dengan kawan-kawannya apabila seorang rakan menujah kayu itu ke mata mangsa. 

Makna Di Sebalik Pemberian Hadiah

No comments:

Makna Di Sebalik Pemberian Hadiah  

1. JAM TANGAN……… 
Tanda mengingati setiap masa dan waktu. 

2. CINCIN…………. 
Tanda ikatan kasih yang abadi. 

Mantiq Al-Tayr (Musawarah burung) Tujuh Tahapan Menuju Hakikat

No comments:

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti. 

Rahsia ketajaman pedang Salahuddin al-Ayyubi

No comments:

Pedang Salahuddin al-Ayyubi paling tajam di dunia? 

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. 

Robot pembancuh kopi yang comel (video)

No comments:

Robot bancuh kopi 

WASHINGTON - Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi. 

Cory Monteith mati disebabkan terlebih ambil heroin dan alkohol

No comments:
Cory Monteith (1982-2013)
Cory Monteith (1982-2013) 

Bintang Glee disahkan mati terlebih ambil heroin, alkohol 

VANCOUVER - Bintang siri komedi-muzikal popular Glee, Cory Monteith mati akibat dos berlebihan heroin dan alkohol, kata pihak berkuasa Kanada kelmarin. 

Perkhidmatan Koroner Wilayah British Columbia memberitahu, hasil bedah siasat mendapati Monteith, 31 mengalami 'keracunan kombinasi dadah dan alkohol'. 

Wordless Wednesday : Hello Kidney

No comments:

[Pelik] Walaupun hilang ingatan, tetapi lelaki Amerika ini boleh pulak cakap Sweden !

No comments:
Michael Boatwright
Michael Boatwright 

Cakap bahasa Sweden selepas hilang ingatan  

PALM SPRINGS, AMERIKA SYARIKAT - Doktor di Southern California sedang melakukan kajian untuk merungkai misteri bagaimana seorang lelaki menjadi hilang ingatan dan hanya bercakap bahasa Sweden. 

Dipetik AP, akhbar The Desert Sun melaporkan Michael Boatwright, 61, turut menganggap dirinya sebagai Johan Ek dan langsung tidak dapat mengingati bekas isteri serta anak lelakinya. 

Februari lalu, Boatwright dihantar ke pusat perubatan Desert Regional di Palm Springs selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik motel. 

Veteran tentera laut Amerika Syarikat itu disahkan menghidap transient Global Amnesia yang turut menghalang pesakit mencipta memori baru. [Sumber]  

'Puasa Facebook' kerana hormati bulan Ramadan

No comments:

'Puasa Facebook' cetus debat 

Ada pengguna tidak guna media sosial hormati Ramadan 

Dubai: Ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa, ada di kalangan mereka yang memperluaskannya dengan tidak menggunakan media sosial, menggelarnya 'puasa Facebook' sebagai menghormati Ramadan. 

Umumnya, penggunaan media sosial meningkat ketika Ramadan tetapi bagi mereka yang melakukan ‘puasa Facebook’, sama ada mereka tidak menggunakannya atau mengurangkan menghantar pandangan, tweet atau memperbaharui status. 

Dalam tandas pun boleh kena patuk ular !

No comments:
Gambar hiasan.

Kemaluan dipatuk ular 

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam. 

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu. 

Wordless Wednesday : Web Designers

No comments:

Lukisan jalanan 3D tampilkan imej 'gayat' (3 gambar)

2 comments:
Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah bandar jauh ke bawah.
Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah
bandar jauh ke bawah. 
Impak gayat seni jalanan 

KELIHATAN seolah-olah sebuah jambatan sebenar yang berada di ruang udara sebuah bandar, namun jangan mudah tertipu dengan sekilas pandangan anda kerana ia adalah lukisan jalanan dihasilkan seniman Perancis, Francois Abelanet. 

Nama-nama Tentera Allah S.W.T

No comments:

Antara Tentera-tentera Allah 

1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. - Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. 

2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. 

Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia

4 comments:

Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia 

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia. 

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah. 

SURAT yang mesti dibaca oleh PEMANDU kereta

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

SURAT yang mesti dibaca oleh PEMANDU kereta 


Assalamualaikum. 

Dari Penunggang Motosikal, 
Seluruh Negeri, 
Malaysia.



Kepada Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas, 
Seluruh Negeri, 
Malaysia. 

Tuan/Puan 

Rawatan awet muda dengan lendir siput (video)

No comments:
IMEJ menunjukkan tiga ekor siput sedang mengesot di muka seorang pelanggan di Jepun.
IMEJ menunjukkan tiga ekor siput sedang mengesot di muka seorang
pelanggan di Jepun.  

Lendir siput untuk awet muda 

TOKYO - Pengalaman merasai beberapa ekor siput hidup mengesot di muka bukan sesuatu yang menyeronokkan, namun sebuah syarikat di Jepun telah menyediakan perkhidmatan itu untuk rawatan kecantikan muka terkini. 

Rawatan yang pertama kali dicipta itu diharapkan mendapat sambutan dan orang ramai sanggup membayar untuk merasai pengalaman tersebut. 

Kadar Zakat Fitrah 2013 | 1434 (Seluruh Malaysia)

No comments:

Di bawah ni, senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia, dan lafaz niat bagi mereka yang membayar zakat fitrah ini. 

Penduduk India bergegas hantar telegram terakhir

No comments:
Seorang kakitangan pusat khidmat telegram menunjukkan cara menggunakan mesin telegram di Mumbai semalam.
Seorang kakitangan pusat khidmat telegram menunjukkan cara menggunakan mesin telegram
di Mumbai semalam.  

Penduduk bergegas hantar telegram 

NEW DELHI - Beribu-ribu penduduk di India bergegas ke pejabat telegram pada saat-saat akhir semalam untuk menghantar pesanan telegram terakhir sebelum perkhidmatan berusia 162 tahun tersebut ditutup. 

Semalam merupakan hari terakhir pesanan telegram akan diterima oleh pejabat telegram di seluruh India. 

Bintang 'Glee' ditemui mati dalam bilik hotel di Kanada

No comments:
Cory Monteith ditemui mati di Hotel Pacific River, Vancouver Kanada, semalam.
Cory Monteith ditemui mati di Hotel Pacific River, Vancouver Kanada, semalam. 

Bintang Glee mati dalam bilik hotel 

Vancouver: Bintang siri televisyen Glee, Cory Monteith ditemui mati dalam bilik hotel disewanya di Kanada semalam. 

Aktor bermasalah yang terkenal sebagai Finn Hudson dan menjadi kegilaan remaja dalam siri popular itu baru-baru ini menghabiskan masa di klinik pemulihan kerana ketagihan dadah. 

Pekerja di Hotel Pacific Rim di Vancouver menemui mayat pelakon itu yang ketika tengah hari selepas dia gagal mendaftar keluar seperti sepatutnya dari tingkat 21 hotel berkenaan. 

[Unik] Skuter satu tayar berkuasa bateri

No comments:
Skuter Ryno, menggunakan kuasa bateri dan mampu mencapai kelajuan sebanyak 40 kilometer sejam.
Skuter Ryno, menggunakan kuasa bateri dan mampu mencapai kelajuan
sebanyak 40 kilometer sejam. 

Skuter satu roda 

SKUTER elektrik Ryno adalah sejenis kenderaan yang dilabelkan amat mustahil untuk terbalik. 

Dipetik MailOnline, tunggangan satu roda itu berfungsi melalui kuasa bateri dan bergerak pada kelajuan sehingga 40 kilometer sejam. 

Cabaran pengguna internet hari ini : mencari kata laluan terbaik dan selamat

No comments:
Kemunculan iPad menambahkan lagi ruang untuk penggodam bergiat.
Kemunculan iPad menambahkan lagi ruang untuk penggodam bergiat. 

Pengguna letih cari kata laluan terbaik 

Penggodam mudah atasi kawalan ceroboh bank, e-mel 

Washington: Anda mencari kata laluan yang selamat? Apa kata anda pakai kata laluan ini –

HQbgbiZVu9AWcqoSZmChwgtMYTrM7HE3ObVWGepMeOsJf4iHMyNXMT1BrySA4d7

Selamat berjaya untuk anda mengingati 63 huruf dan nombor itu yang dianggap antara kata laluan terbaik. 

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

No comments:

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN 

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash) 

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan 

[Ngeri] Gambar x-ray menunjukkan besi keluli terpacak di kepala pekerja binaan

No comments:
Gambar x-ray menunjukkan besi keluli terpacak di kepala Liu Fenghe.
Gambar x-ray menunjukkan besi
keluli terpacak di kepala Liu Fenghe. 

Besi terpacak di kepala 

Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan. 

Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya. 

Gadget perisik rahsia zaman perang dipamerkan di muzium Jerman

No comments:
Seekor burung merpati tiruan dipakaikan dengan set kamera kecil yang pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama.
Seekor burung merpati tiruan dipakaikan dengan set kamera kecil yang
pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama. 

Imaginasi perisik di Muzium Jerman 

BURUNG merpati, kamera tersembunyi, pistol penanda dan peranti kecil amat sinonim dengan watak ejen perisik rahsia yang ditayangkan menerusi filem aksi seperti James Bond dan Mission Impossible. 

Bermula minggu ini, Muzium Jerman di Oberhausen, mengambil pendekatan itu dengan mempamerkan peralatan para perisik tulen di seluruh dunia bertajuk Top Secret. 

Insaflah, jangan bangga, jangan berlagak

No comments:

Janganlah terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT, 
kerana gelaran kita terakhir nanti adalah AL-MARHUM 

Janganlah kita terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang CANTIK atau KACAK, 
kerana rupa wajah kita terakhir nanti cuma TENGKORAK 

Unggun api setinggi 30 meter di Ireland Utara

No comments:
SEBUAH unggun api setinggi lebih 30 meter didirikan di pinggir bandar raya Belfast, Ireland Utara kelmarin.
SEBUAH unggun api setinggi lebih 30 meter didirikan di pinggir
bandar raya Belfast, Ireland Utara kelmarin.  

Unggun api setinggi 30 meter 

BELFAST, Ireland Utara - Berpuluh-puluh ribu pengikut mazhab Protestan dijangka berhimpun di sekeliling beberapa unggun api gergasi di sini pada tengah malam ini (waktu tempatan). 

Unggun api tersebut yang dibina daripada kayu dan tayar memiliki ketinggian melebihi 30 meter. 

'Pandainya' budak ni 'belikan' kereta untuk abah.. (video)

No comments:
Sorella Stoute, 14 bulan bersama kereta Austin Healey Sprite 1962  yang 'dibeli' secara tak sengaja di eBay.
Sorella Stoute, 14 bulan bersama kereta Austin Healey Sprite 1962
yang 'dibeli' secara tak sengaja di eBay. 

Bayi 14 bulan beli kereta Austin melalui eBay 

IBU BAPA pada abad ke-21 ini memerlukan pemerhatian yang menyeluruh terhadap penggunaan peranti seperti telefon pintar mahupun komputer riba. 

Mengejutkan, seorang bayi, yang baru berusia 14 bulan 'membelikan' ayahnya sebuah kereta klasik, Austin Healey Sprite 1962. 

Basikal Dezien yang mempunyai port USB dan WiFi

2 comments:

Basikal mesra alam serba guna 

SEBUAH basikal mesra alam didakwa boleh digunakan sebagai pengecas pelbagai alat elektronik termasuk iPhone dan kamera. 

Basikal terapung hasil ciptaan bersama Michael Strain, Ramerio Diaz dan Brandon Hartley di bawah nama Dezien itu menggunakan port bas bersiri semesta (USB) yang dipasang pada hendal dan kayuhan pedal dikatakan turut menghasilkan tenaga. 

Penduduk kampung gantung lembu mohon kekayaan

2 comments:
PENDUDUK kampung beramai-ramai menggantung seekor lembu jantan sehingga ia mati.
PENDUDUK kampung beramai-ramai menggantung seekor lembu jantan
sehingga ia mati.  

Gantung lembu mohon kekayaan 

BEIJING - Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu. 

Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China. 

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1434H/2013M Bagi Seluruh Malaysia (PDF files)

No comments:

Cuma klik jer nama negeri kat bawah tu, pastu, download jadual tersebut (PDF files). 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...