Ni apa ceritanya kat sini?

Tempat khas untuk tidur di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi

GoSleep yang direka dengan bentuk futuristik, menawarkan tempat tidur yang selesa kepada para penumpang pesawat di balai berlepas, dengan kadar RM36.80 bagi tempoh satu jam.
GoSleep yang direka dengan bentuk futuristik, menawarkan tempat tidur yang selesa kepada
para penumpang pesawat di balai berlepas, dengan kadar RM36.80 bagi tempoh satu jam. 

Pelancong yang 'terperangkap' di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), kini boleh berehat dengan selesa di sebuah tempat tidur berunsur futuristik sebelum meneruskan penerbangan mereka. 

Tempat tidur yang direka khas itu diberi nama 'GoSleep' dan ia akan memastikan pelancong dapat tidur dengan selesa tanpa bunyi bising dan diganggu sinaran cahaya di balai berlepas. 

Sebanyak 10 unit GoSleep berbentuk seperti sebiji telur mula dipasang di lapangan terbang itu, minggu ini. 

GoSleep turut dilengkapi kemudahan WiFi dan soket untuk memudahkan pengguna mengecaj semula peralatan elektronik mereka. 

Pelancong yang menggunakan kemudahan GoSleep, akan dikenakan bayaran sebanyak 8 pound (RM36.80) bagi tempoh satu jam. 

Ketua Pegawai Komersial Syarikat Lapangan Terbang Abu Dhabi, Mohammed Al Bulooki berkata, pengenalan GoSleep merupakan satu usaha syarikat itu untuk memberi perkhidmatan bertaraf dunia yang melebihi jangkaan pelanggan. 

"Lapangan Terbang Abu Dhabi berbangga kerana menjadi lapangan terbang pertama di dunia memasang kemudahan tercanggih ini, yang membolehkan penumpang merasai teknologi terkini. 

"Pada masa sama, pemasangan GoSleep akan dapat meningkatkan kemudahan di lapangan terbang ini, sekali gus memastikan penumpang mengalami pengalaman istimewa semasa melawat UAE,'' katanya. 

Tambahnya, sebanyak 35 unit GoSleep akan dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi menjelang hujung tahun ini. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...