Ni apa ceritanya kat sini?

[Serius] Jarum dalam kapas lap bayi

Sumber gambar : AsiaOne 

Singapura: Seorang ibu semalam terkejut apabila mendapati terdapat objek dua sentimeter panjang seperti jarum dalam kapas ketika mengelap perut anak lelakinya yang berusia lima bulan. 

Isabel Fernandez, 40, sedang mengelap bayinya di kondominium mereka di Paya Lebar petang kelmarin apabila bayinya tiba-tiba menjerit kesakitan. 

Apabila Isabel meneliti kapas itu, wanita terbabit terkejut mendapati terdapat objek seperti jarum di dalamnya. Berikutan kejadian itu, bawah perut bayinya calar dan terluka. 

“Bayangkan kecederaan yang dialami bayi saya jika terkena mata atau muka,” katanya. 

Bagaimanapun, bukan setakat itu kerana Isabel turut dikejutkan sekali lagi apabila menemui empat lagi objek sama dalam gulungan kapas 300 gram yang dibelinya di Kiddy Palace di pusat beli-belah Parkway Parade. 

Gulungan kapas yang dibelinya dua atau tiga minggu lalu itu dibuat oleh syarikat barangan bayi Tollyjoy di republik berkenaan. 

Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Jualan Tollyjoy, Irene Yeo memberitahu media semua produk gulungan kapas itu dihentikan penjualannya serta-merta mulai kelmarin. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...