Ni apa ceritanya kat sini?

Putus cinta era digital lebih teruk

California: Kecewa bercinta lebih teruk dirasakan pada zaman digital kerana sejarah perhubungan wujud dalam bentuk gambar dan mesej yang dihantar ke laman web sosial, kata penyelidik. 

Pada masa lalu, ketika pasangan kekasih yang sudah berpisah boleh mengoyak gambar dan membakar surat cinta, rekod yang disimpan di laman seperti Facebook lebih sukar dibuang kerana jumlah yang banyak. 

“E-mel dan gambar digital boleh dipadam dengan mudah tetapi lagu, gambar dan mesej yang dihantar ke laman sosial sukar dibuang, terutama jika dikirim secara online oleh orang lain,” kata kajian itu. 

Timbulkan masalah 

Penyerapan kandungan yang disimpan dalam komputer, tablet dan telefon bimbit mendatangkan masalah ketika berpisah kerana peringatan mengenai hubungan mereka sentiasa ada. 

Pakar psikologi Universiti California Santa Cruz menemubual 24 orang berusia 19 hingga 34 tahun mengenai kaedah mereka memulihkan diri selepas berpisah. 

Membentangkan hasil kajian mereka di seminar Persatuan bagi Jentera Pengkomputeran di Paris minggu lalu, penyelidik menjelaskan mereka sukar untuk cuba mencari menerusi setiap peringatan mengenai hubungan online mereka, bermakna sebahagiannya memilih untuk memadamkan semuanya, manakala yang lain sekadar mula memusnahkan secara sistematik semua yang mereka jumpa. 

Sebahagian peserta mengaku memadam semua kesan daripada peralatan digital mereka dan lapan menyimpan rapi rekod perhubungan mereka, manakala empat lagi memilih mesej dan gambar yang hendak dipadam. 

Mereka yang memilih menyimpan semuanya mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada rasa kecewa tetapi mereka yang membuang semuanya kerap berasa menyesal berbuat demikian. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...