Ni apa ceritanya kat sini?

[PRU13] BN kekal berkuasa di Pahang

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Pahang apabila memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. 

BN menang 30 daripada 42 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP menang tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Parti Keadilan Rakyat (dua kerusi) dan PAS (tiga kerusi). 

Bagi Parlimen, BN menang 10 daripada 14 kerusi Parlimen. BN tewas di Kuantan dan Indera Mahkota kepada PKR, manakala PAS menang di Temerloh dan DAP di Raub. 

Di PEKAN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mempertahan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10 dengan majoriti 35,613 undi, jauh lebih besar daripada kemenangannya pada pilihan raya umum 2008, mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Musa. 

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pula mengekalkan DUN Pelangai buat kali ketujuh apabila menewaskan calon PAS, Abdul Hamid Bahatim, dengan majoriti 2,475 undi. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengekalkan kerusi Parlimen Bentong, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal di Parlimen Bera manakala bekas menteri kanan kabinet Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis mengekalkan Parlimen Rompin. 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh apabila tewas kepada calon PAS Nasrudin Hassan dengan 1,070 majoriti undi. 

Di BENTONG, Adnan ketika ditemui pemberita bersyukur BN kembali mengekalkan pemerintahan negeri itu. 

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negeri itu bagi tempoh lima tahun akan datang. 

"BN sudah menang di Pahang. Terima kasih kepada pengundi yang keluar mengundi hari ini... pada yang tidak menyokong itu tidak mengapa kerana negara ini negara berdemokrasi. 

"Walaupun pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada BN tetapi mereka menyokong PAS manakala pengundi Melayu pula memberi sokongan kepada DAP," katanya. 

Ditanya mengenai pembentukan kerajaan negeri Pahang, Adnan berkata keputusan mengenai perkara tersebut akan diputuskan kelak. 

"DAP memainkan beberapa isu sensitif, namun ia telah meningkatkan semangat pengundi untuk menyokong BN dan kita akan membuat post mortem di kawasan yang MCA kalah," katanya. 

Seramai 16 calon Bebas yang bertanding di enam parlimen dan 10 DUN turut tewas, manakala seorang calon Berjasa, Mohd Shokri Mahmood, kalah dan hilang wang pertaruhan. - Bernama 

[Sumber

P/S : Saja admin share berita ni... lebih-lebih lagi berita yang berkaitan dengan negeri asal admin itu sendiri... 

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...