Ni apa ceritanya kat sini?

Akaun Twitter E! Online kena godam

Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria.
Paparan halaman Twitter E! Online yang menunjukkan akaun sosial laman web
hiburan itu digodam oleh Tentera Elektronik Syria. 

Akaun Twitter laman web hiburan, E! Online, semalam dilaporkan digodam dan dikemas kini dengan pos palsu tentang penyanyi remaja, Justin Bieber dan pelakon, Angelina Jolie. 

Mesej palsu pertama yang dipos pada kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia) itu memaparkan berita eksklusif kononnya penyanyi dari Kanada itu mendedahkan dia seorang gay. 

Beberapa minit kemudian, pos baru dengan mesej 'Eksklusif: Selena Gomez memberitahu E! dia menyokong sepenuhnya Justin berhubung pengakuannya itu.' 

Mesej palsu itu turut mendakwa Angelina Jolie mengaku dalam isu terbaharu E! bahawa Jordan perlu dipersalahkan berhubung situasi buruk yang dialami oleh pelarian Syria. 

Aktiviti godam selama sejam itu didakwa dilakukan oleh Tentera Elektronik Syria. 

Ini berikutan mesej terakhir yang dihantar menyatakan "Tentera Elektronik Syria di sini, peminat Justin Bieber, anda telah ditipu''. 

E! Online kemudian menghantar pos menyatakan bahawa akaun mereka telah digodam dan beberapa maklumat palsu telah dipos. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...